Polisi Penggunaan

Polisi Penggunaan

Kemas kini terakhir: 12 Ogos 2026

Polisi Penggunaan ini menerangkan cara yang dibenarkan dan tidak dibenarkan untuk menggunakan LinkBioApp ("Perkhidmatan"). Dengan mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan, anda bersetuju untuk mematuhi polisi ini.

1. Kelayakan

Anda mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, atau mempunyai kebenaran ibu bapa/penjaga, untuk mendaftar dan menggunakan Perkhidmatan. Anda bertanggungjawab untuk memastikan penggunaan Perkhidmatan oleh anda tidak melanggar mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa di Malaysia.

2. Tanggungjawab Akaun

3. Penggunaan yang Dibenarkan

Anda boleh menggunakan Bio Page, Short Link, Borang WhatsApp, QR Code, dan Custom Domain untuk tujuan yang sah seperti perniagaan, personal branding, kreatif, pendidikan, dan komersial yang mematuhi undang-undang.

4. Penggunaan yang Dilarang

Anda tidak dibenarkan menggunakan Perkhidmatan untuk:

5. Had Kuota & Pelan

Setiap pelan (Percuma, atau berbayar dengan tempoh 1/3/6/9/12 bulan) mempunyai had kuota tertentu untuk Bio Page, Short Link, Borang WhatsApp, QR Code, dan Custom Domain, seperti yang dipaparkan semasa anda melanggan. Kami berhak mengubah had kuota, harga, dan ciri setiap pelan dari semasa ke semasa; sebarang perubahan akan dimaklumkan melalui laman web atau emel.

6. Ketersediaan Perkhidmatan

Kami berusaha memastikan Perkhidmatan sentiasa boleh diakses, tetapi tidak menjamin Perkhidmatan akan bebas daripada gangguan, kelewatan, atau ralat sepanjang masa. Penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual mungkin dilakukan dari semasa ke semasa.

7. Penggantungan & Penamatan Akaun

Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun yang melanggar Polisi Penggunaan ini tanpa notis terlebih dahulu, terutamanya dalam kes:

Anda boleh merayu keputusan penggantungan dengan menghubungi kami melalui Helpdesk.

8. Perubahan kepada Polisi

Kami boleh mengemas kini Polisi Penggunaan ini dari semasa ke semasa. Penggunaan Perkhidmatan yang berterusan selepas sebarang kemas kini bermakna anda bersetuju dengan versi terkini polisi ini.

9. Hubungi Kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Polisi Penggunaan ini, sila hubungi kami melalui Helpdesk dalam dashboard anda, atau borang Hubungi Kami di laman web kami.

Kemaskini terakhir: 12/8/2026